PRK Nenggiri: Ketua Pemuda UMNO Kelantan dinamakan sebagai calon?

Mohd Azmawi Fikri
Mohd Azmawi Fikri
A
A
A

GUA MUSANG - Ketua Pemuda UMNO negeri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani hampir pasti dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri 17 Ogos ini.

Menurut sumber pemilihan Mohd Azmawi sudah mendapat restu UMNO Bahagian Gua Musang.

"Apa yang saya boleh kongsikan 90 peratus nama Mohd Azmawi walaupun ada lagi dua calon lain itu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paloh, Amran Arifin dan Ketua Wanita, Nor Fadzlete Aryani Mat Rosli," katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.

Sumber itu memberitahu, semasa undian pemilihan calon yang dibuat oleh UMNO Bahagian Gua Musang, Mohd Azmawi memperoleh undian tertinggi.

Katanya, keputusan itu memberi isyarat bahawa Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu melepasi tapisan untuk diangkat sebagai calon.

Beliau berkata, Mohd Azmawi bukanlah asing dalam kalangan penduduk malah sudah dikenali di DUN Nenggiri.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Bersatu mengenai pengguguran keahlian bekas ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim daripada Bersatu.

Artikel Berkaitan:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos depan manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!