Tubuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan mencadangkan penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman Syariah untuk menaiktaraf jawatan hakim syarie menerusi Akta Saraan Hakim Syarie.

Menterinya, Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, adalah menjadi keperluan agar jawatan Hakim Syarie diasingkan daripada perkhidmatan awam bagi menaikkan taraf jawatan hakim untuk memberi refleksi sebenar kepada Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan yang telah meletakkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil, selain memastikan kebebasan badan kehakiman.

"Untuk melihat perkara ini dengan lebih dekat dan terperinci, jabatan ini akan mengadakan pertemuan bersama Jabatan Peguam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam serta lain-lain agensi yang berkaitan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Mohd Na'im untuk menyegerakan penggubalan Akta Saraan Hakim Syarie.

Pada masa kini, jawatan hakim syarie diletakkan di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!