Polis minta bantuan kesan remaja hilang

Fiffy Arnatasya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 18 hari lalu di daerah ini.
Fiffy Arnatasya dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 18 hari lalu di daerah ini.
A
A
A

KUALA PILAH - Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya sejak 18 hari lalu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Ghani berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kehilangan remaja berkenaan, Fiffy Arnatasya Abdullah,16, kira-kira jam 1 pagi, 28 Jun lalu.

"Berdasarkan siasatan awal, kejadian ini merupakan kehilangan kali kedua yang mana pada kehilangan pertama, ahli keluarga remaja berkenaan dapat mengesan dan membawanya pulang ke rumah.

"Bagaimanapun, kali ini remaja perempuan yang sudah tidak bersekolah itu tidak pulang ke rumah dan laporan polis dibuat berhubung kehilangan tersebut.

"Remaja terbabit berkulit kuning langsat, tinggi kira-kira 150 sentimeter (cm), berat sekitar 45 kilogram, berbadan kurus dan berambut warna separuh perang, lurus dan panjang separas bahu," katanya pada Isnin.

Ujar beliau, kali terakhir Fiffy Arnatasya dilihat di Kampung Terusan, Juasseh pada 27 Jun lalu.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan remaja perempuan berkenaan boleh tampil ke mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!