300 atlet Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Gaza

Kemusnahan bangunan dan kenderaan akibat serangan udara Israel di kawasan Mawasi di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. Foto Xinhua
Kemusnahan bangunan dan kenderaan akibat serangan udara Israel di kawasan Mawasi di bandar selatan Genting Gaza Khan Younis. Foto Xinhua
A
A
A

TEHERAN - Tiga ratus atlet Palestin terbunuh sejak bermulanya serangan genosid rejim Israel ke atas Gaza, menurut Setiausaha Agung Persatuan Media Sukan Palestin Musfata Siam.

Jenayah ini dilakukan selari dengan penyasaran langsung terhadap atlet Palestin oleh rejim Israel, sama ada dengan membunuh atau menangkap mereka atau memusnahkan infrastruktur sukan, kata Siam, seperti yang dilaporkan oleh Agensi Berita Republik Islam (IRNA) yang memetik Aljazeera.

Beliau menambah bahawa lebih daripada 90 peratus kemudahan sukan di bahagian selatan Gaza telah dimusnahkan sejak bermulanya serangan kejam itu.

Persatuan Bola Sepak Palestin telah meminta persekutuan antarabangsa dan benua untuk mengambil tindakan berhubung jenayah rejim Zionis terhadap sukan Palestin dan menekankan keperluan untuk mengambil langkah untuk menghukumnya, kata Siam.

Setakat ini, serangan genosid Israel di Semenanjung Gaza telah meragut lebih daripada 38,584 nyawa, termasuk lebih daripada 15,000 kanak-kanak, di wilayah yang dikepung itu. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!