Ringgit ditutup rendah menjelang mesyuarat rizab persekutuan AS

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6725/6745 berbanding dolar AS$4.6700/6730 ketika ditutup pada Jumaat. Foto hiasan
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6725/6745 berbanding dolar AS$4.6700/6730 ketika ditutup pada Jumaat. Foto hiasan
A
A
A

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.6725/6745 berbanding dolar AS$4.6700/6730 ketika ditutup pada Jumaat.

Dilaporkan bahawa pegawai Rizab Persekutuan (Fed) AS telah menghantar petunjuk paling jelas untuk mengurangkan kadar faedah menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan diadakan pada 30-31 Julai.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, walaupun ringgit merosot, kontrak niaga hadapan Dana Fed menunjukkan bahawa penurunan kadar faedah mungkin akan berlaku pada September depan.

"Indeks Dolar AS (DXY) kekal di bawah 105 mata selama tiga hari berturut-turut. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2024 China berada pada 4.7 peratus, kurang daripada jangkaan pasaran iaitu sebanyak 5.1 peratus.

"Oleh itu, pasaran menjangkakan lebih banyak rangsangan ekonomi akan diumumkan oleh pihak berkuasa China untuk membendung kelembapan pertumbuhan seterusnya," katanya.

Mohd Afzanizam berkata walaupun yuan China dan ringgit cenderung mempunyai korelasi yang kukuh, peserta pasaran terus memberi tumpuan kepada prospek penurunan kadar faedah AS ketika ini.

Pada sesi dagangan hari ini, unit tempatan dibuka 4.6725 berbanding dolar AS daripada 4.6700 pada Jumaat lepas seterusnya naik semula kepada 4.6715 berbanding dolar AS.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, ringgit ditutup rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 2.9578/9593 daripada 2.9338/9359 pada Jumaat, rendah berbanding pound Britain kepada 6.0658/0684 daripada 6.0481/0520 sebelumnya dan jatuh berbanding euro kepada 5.0991/1013 daripada 5.0838/0870 pada Jumaat.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN lain, berkurangan berbanding dolar Singapura kepada 3.4810/4827 daripada 3.4768/4793 sebelumnya, menambah berbanding pseo Filipina kepada 7.99/7.99 daripada 8.00/8.00 pada Jumaat dan naik berbanding baht Thailand kepada 12.9007/9116 daripada 12.9023/9160 sebelumnya.

Mata wang tempatan melonjak berbanding rupiah Indonesia kepada 288.9/289.2 daripada 289.3/289.7 sebelumnya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!