Bapa rogol anak kandung hingga lahirkan bayi ditahan
TAMPIN - Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai merogol anak kandungnya sehingga melahirkan anak dalam kejadian di Gemencheh di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Amiruddien Sariman berkata, suspek berusia 52 tahun itu ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada ibu saudara mangsa mengenai kejadian itu pada jam 9.36 malam.
"Siasatan awal mendapati kejadian rogol itu telah berlaku sejak tahun 2019 iaitu ketika mangsa berusia 20 tahun sehingga Julai 2024.
"Mangsa telah melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia empat tahun tidak mahu membuat laporan polis kerana takut terjadi apa-apa terhadap dirinya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Ujarnya, bertindak atas laporan berkenaan jam lebih kurang 10 malam sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Tampin telah menahan suspek disyaki terlibat dengan kes ini.
"Suspek direman selama tujuh hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!