Polis sahkan suspek ditahan adalah teman lelaki Nur Farah Kartini

Hussein. Gambar kecil: Nur Farah Kartini
Hussein. Gambar kecil: Nur Farah Kartini
A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis menahan seorang penjawat awam dipercayai teman lelaki mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang mayatnya dijumpai di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, lelaki warga tempatan itu berusia 26 tahun.

"Siasatan telah diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya kepada Sinar Harian, pada Isnin.

Hussein berkata, mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang tadi.

"Pemeriksaan awal, pihak polis mengesahkan mayat tersebut dipercayai adalah mangsa yang dilaporkan telah hilang berkait laporan di Tanjung Malim pada Rabu lalu," katanya.

Pada Isnin, media melaporkan misteri kehilangan seorang wanita yang dikenali sebagai Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu, di sini dipercayai dibunuh.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mangsa hilang selepas dipercayai menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Laporan polis kemudiannya dibuat atas kehilangan mangsa iaitu Nur Farah Kartini itu yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada jam 1.56 pagi.

Artikel Berkaitan:

Mangsa yang berasal dari Sarawak dilihat kali terakhir memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!