Guna EV di Felda, ladang

Abra International menjalinkan kerjasama dengan KPF untuk membekalkan EV di Felda.
Abra International menjalinkan kerjasama dengan KPF untuk membekalkan EV di Felda.
A
A
A

[DIKEMAS KINI] ABRA Malaysia Berhad menjalinkan kerjasama dengan anak syarikat Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) untuk memulakan penggunaan kenderaan elektrik (EV) bukan sahaja di Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tetapi juga di ladang-ladang lain selain digunakan untuk aktiviti lain seperti pembinaan.

Ketua Pegawai Operasi Abra international, Izahar Atan berkata, EV itu dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini secara berperingkat bagi menggantikan kenderaan sedia ada.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut memerlukan masa dan proses sebelum dilaksanakan sepenuhnya di seluruh Felda.

Izahar
Izahar

"Atas kerjasama ini, kami sudah menandatangani memorandum bersama dengan Sabah dan dijangka akhir tahun ini mereka boleh menggunakan EV untuk tujuan operasi di ladang dan lain-lain.

"Saya pasti dengan penggunaan EV dapat menjimatkan setidak-tidaknya 20 hingga 30 peratus kos berbanding kenderaan biasa. Kalau dulu Felda perlu tanggung kos diesel yang amat tinggi sekarang dapat dijimatkan," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah beliau, penggunaan EV pada masa kini dilihat tepat dalam membantu Felda mengurangkan kos operasi susulan kenaikan harga diesel.

"Sebelum ini ramai yang fikir EV mahal namun untuk pengetahuan semua penggunaannya dapat menjimatkan wang dari aspek penyelenggaraan berkala seperti menukar minyak enjin, palam pencucuh dan penapis minyak hitam," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

EV dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini bagi menggantikan kenderaan sedia ada.
EV dijangka digunakan di Felda pada hujung tahun ini bagi menggantikan kenderaan sedia ada.

Menurut beliau, usahasama itu diadakan bukan sahaja membantu mengurangkan kos operasi Felda namun memberi manfaat kepada penjagaan alam sekitar.

"Bila sebut pasal EV, ia bukan sahaja dapat membantu mengurangkan kos penggunaan bahan api tetapi mesra alam. Penggunaannya dapat merealisasikan bumi sifar karbon," ujarnya.

Beliau turut memberitahu selain Felda, ladang-ladang lain juga akan memulakan penggunaan EV untuk tujuan seperti aktiviti pembinaan

"Selain itu, ingin saya jelaskan bahawa kami telah bersedia untuk membekalkan EV kepada Felda. Antara kenderaan yang akan digunakan adalah trak," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!