Misteri suara karaoke malam Jumaat

Rakaman itu yang dikongsikan di TikTok turut menjadi tular. - Foto Agensi
Rakaman itu yang dikongsikan di TikTok turut menjadi tular. - Foto Agensi
A
A
A

MUARA TEMBESI - Misteri suara orang sedang berkaraoke pada malam Jumaat Kliwon menggemparkan penduduk.

Paling aneh, suara itu dikatakan muncul dari sistem pembesar suara di sebuah pejabat desa di Kecamatan Muara Tembesi di Kabupaten Bantanghari, Jambi di Indonesia.

Rakaman insiden pelik itu kemudiannya menjadi tular hingga menyebabkan pihak berkuasa melakukan pemeriksaan untuk mencari punca suara tersebut.

Klip dikongsi pemilik akaun @adminpolsekmatembesi di TikTok pada Jumaat lalu menunjukkan suara lelaki sedang menyanyi tanpa alunan muzik hingga mengundang resah masyarakat memandangkan pintu dan tingkap premis itu dikatakan berkunci.

"Misteri karaoke malam Jumaat Kliwon belum lagi terungkai meskipun pihak berkuasa percaya ia mungkin berpunca daripada sambungan 'bluetooth' seseorang. "Tetapi ia masih tidak dapat dipastikan siapa penyanyinya. Mungkin ada kesilapan teknikal atau suara makhluk lain," ujar kapsyen pada video itu.

Difahamkan, kejadian itu telah berlaku beberapa kali dan pernah juga terdengar suara seorang wanita. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!