Selebriti, tokoh politik antara mangsa deepfake

Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
Laporan muka depan Sinar Harian pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Aplikasi digital dipacu teknologi kepintaran buatan (AI) yang dikenali sebagai deepfake, kini semakin banyak dimanipulasi bagi menghasilkan imej, audio atau video palsu individu terkenal di dalam dan di luar negara bagi melakukan penipuan.

Melalui teknologi baharu itu, pelaku boleh menghasilkan imej palsu menyerupai wajah sebenar mangsa hingga sukar untuk membezakan antara yang asli dan palsu.

Tahun lalu, tular beberapa hantaran berkaitan promosi Apple Watch palsu yang ditaja oleh seseorang individu dengan menyamar sebagai pempengaruh seperti Khairulaming, Aeril Zafrel dan Aznil Hj Nawawi.

Khairulaming
Khairulaming

Terbaharu, penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin meminta orang ramai agar tidak terpedaya dengan taktik scammer yang didakwa menggunakan teknologi deepfake AI bagi meniru suara dan wajahnya demi mengaut keuntungan.

Scammer menggunakan nama, foto dan suara Siti Nurhaliza untuk menipu.
Scammer menggunakan nama, foto dan suara Siti Nurhaliza untuk menipu.

Selebriti kelahiran Kuala Lipis, Pahang itu mendedahkan perkara tersebut melalui perkongsian Instagram bagi memberi peringatan kepada orang ramai mengenai modus operandi pihak terbabit.

“Palsu. Jangan percaya scammer. Ini adalah salah satu contoh kes cubaan menipu menggunakan nama, akaun media sosial ada nama dan gambar saya, siap letak suara Al untuk yakinkan orang ramai dan selebihnya ambil mana-mana video siaran langsung saya dengan tujuan nak perangkap supaya orang percaya.

Artikel Berkaitan:

“Tolong sampaikan, sebarkan, nasihat dan maklumkan kepada kaum keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan anda bahawa saya tidak pernah membuat pertandingan atau dengan tujuan memberi wang tunai kepada sesiapa dan jangan terpedaya apabila menerima mesej, panggilan video dan sebagainya,” katanya.

Kes melibatkan Siti Nurhaliza itu bukanlah kejadian pertama kali membabitkan golongan selebriti di Malaysia, sebaliknya beberapa individu lain turut menjadi sasaran.

Pelakon Zul Ariffin juga dikatakan pernah menjadi mangsa deepfake apabila video individu mirip dirinya melakukan aksi tidak senonoh tersebar di media sosial.

Penyanyi Faizal Tahir, pelakon Iqram Dinzly dan PU Riz juga dikaitkan dengan foto aib yang dihasilkan dengan teknik deepfake.

Bulan lalu, bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong turut terpalit penipuan deepfake apabila beliau sekali lagi dipaparkan mempromosikan produk pelaburan palsu.

Hsien Loong
Hsien Loong

“Video ini tidak benar! AI dan deepfake menjadi lebih baik dari hari ke hari,” katanya.

Menurut Menteri Kanan Singapura itu lagi, bukan sahaja si penipu meniru suaranya dan membuat lapisan audio palsu ke atas rakaman sebenar sewaktu beliau menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2023, mereka juga membuat pergerakan mulutnya seiring dengan audio tiruan tersebut.

Peningkatan imej deepfake di internet membayangkan ancaman penyalahgunaan maklumat janaan AI yang boleh merosakkan reputasi dan membawa kepada gejala buli siber.

Jenayah itu tidak mengenal mangsa dengan selebriti seperti Taylor Swift dan Emma Watson juga pernah menjadi sasaran pornografi deepfake.

Taylor Swift
Taylor Swift

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!