Empat maut insiden tembakan masjid di Oman
WASHINGTON - Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam kejadian tembakan di sebuah masjid di Oman, menurut kenyataan pihak polis pada Selasa.
Beberapa orang turut cedera akibat terkena tembakan di sekitar masjid di Wadi al-Kabir, Muscat, lapor Agensi Anadolu.
Tembakan di masjid: Polis Oman lancar siasatan
Dalam pada itu, Polis Oman pada Selasa melancarkan siasatan berhubung insiden tembakan di masjid yang turut mencederakan beberapa yang lain.
Pihak polis dalam satu kenyataan memaklumkan, semua langkah dan prosedur keselamatan yang diperlukan telah diambil sebagai tindak balas terhadap insiden tembakan di sekitar masjid di Al Wadi Al Kabir.
"Proses mengumpul bukti dan siasatan sedang dilakukan,” menurut kenyataan yang dimuat naik di platform X itu.
Polis Oman mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan mendoakan agar yang cedera cepat sembuh.
Menurut laporan Agensi Anadolu memetik kenyataan polis, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!