[VIDEO] Kes bunuh Nur Farah Kartini: Penjawat awam direman seminggu

A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Seorang penjawat awam direman seminggu untuk membantu siasatan kes pembunuhan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun itu dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza bermula hari ini hingga 22 Julai

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, suspek ditangkap di Balai Polis Gedangsa di sini.

Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Foto Awani
Suspek dibawa anggota polis selepas proses reman di Mahkamah Kuala Kubu Bharu. Foto Awani

Suspek yang memakai pakaian lokap polis tiba di Mahkamah Kuala Kubu Bharu dengan menaiki kenderaan polis pada jam 8.53 pagi.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat wanita itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit, di Kampung Sri Kledang di sini kira-kira jam 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim, Perak pada 11 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!