Situasi di Beijing dilaporkan terkawal

Mohd Khaidir
Mohd Khaidir
A
A
A

BEIJING - Situasi di ibu kota China dilaporkan masih lagi terkawal biarpun wabak koronavirus Wuhan semakin membimbangkan.

Menurut rakyat Malaysia yang berada di Beijing, Mohd Khaidir Zainoddin, rata-rata penduduk di sini masih bercuti sempena Tahun Baru Cina.

“Setakat ini Beijing sedikit lengang kerana rata-ratanya pulang beraya dan yang tinggal hanyalah penduduk tetap Beijing.

“Pihak berkuasa di sini sudah mengeluarkan amaran supaya duduk di rumah dan keluar jika perlu. Bila keluar pakai penutup mulut dan sentiasa menjaga kebersihan,” katanya kepada Sinar harian di sini hari ini.

Mohd Khaidir turut memberitahu, semua tempat tumpuan pelancong dan pusat membeli-belah juga ditutup buat masa ini.

“Apa yang menariknya, harga penutup mulut meningkat dua kali ganda daripada biasa.

“Lapangan Terbang Beijing masih beroperasi seperti biasa, namun kawalan ketat dan ada pengesanan suhu dilakukan di setiap pintu masuk termasuklah stesen kereta api,” katanya.

Jelasnya, pihak berkuasa Beijing mengeluarkan memo pelanjutan cuti sesi persekolahan yang sepatutnya dibuka pada 10 Februari ini ke tarikh yang akan diberitahu kelak.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!