[KRONOLOGI] Kes kehilangan Nur Farah Kartini

Misteri kehilangan Nur Farah Kartini terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu pada jam 6 petang dipercayai dibunuh.
Misteri kehilangan Nur Farah Kartini terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu pada jam 6 petang dipercayai dibunuh.
A
A
A

[KRONOLOGI]

Berikut adalah kronologi kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah:

[12 Julai 2024] - Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa di Taman Universiti, Tanjung Malim sejak 10 Julai 2024.

Laporan polis berhubung kehilangan wanita itu diterima daripada rakan sekerja mangsa pada jam 1.56 pagi 11 Julai 2024.

[15 Julai 2024] Polis rakam percakapan tujuh individu berhubung kehilangan wanita berkenaan.

Antara yang diambil keterangan adalah rakan sekerja kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dan wanita yang menyewa kereta pada hari kejadian.

[15 Julai 2024] Misteri kehilangan Nur Farah Kartini terungkai selepas mayatnya ditemukan di Felda Gedangsa, Kuala Kubu Baharu pada jam 6 petang dipercayai dibunuh.

[15 Julai 2024] Polis tahan seorang lelaki yang merupakan penjawat awam berusia 26 tahun.

Artikel Berkaitan:

[16 Julai 2024] Lelaki yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

[16 Julai 2024] Penjawat awam yang ditahan berhubung penemuan mayat, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, merupakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika ditanya mengenai status lelaki terbabit.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!