Nelayan Sandakan terima pelbagai bantuan di bawah KPKM

Golongan nelayan di Sandakan menerima pelbagai bantuan dan insentif daripada Kementeriian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang pastinya dalam membantu menaik taraf kualiti hidup mereka.
Golongan nelayan di Sandakan menerima pelbagai bantuan dan insentif daripada Kementeriian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan yang pastinya dalam membantu menaik taraf kualiti hidup mereka.
A
A
A

SANDAKAN - Program Program Ramah Mesra MADANI YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Nelayan Sandakan, Sabah, hari ini memberikan pelbagai ‘rezeki’ dan bantuan kepada golongan nelayan di daerah itu.

Program yang dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) untuk mendekati golongan sasar (nelayan) khususnya di daerah Sandakan dan amnya di Negeri Sabah.

Dalam satu kenyataan media hari ini, LKIM menjelaskan program berkenaan juga bertujuan untuk mempromosikan Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism (MAHA) 2024.

Pada majlis berkenaan, Mohamad menyampaikan beberapa bantuan penting, termasuk; penyerahan replika cek peruntukan Elaun Sara Hidup Nelayan Negeri Sabah bagi tahun 2023, di mana bantuan berkenaan bertujuan untuk meringankan beban hidup nelayan di negeri itu serta memastikan kelangsungan pendapatan mereka.

“Manakala inisiatif Peruntukan Baikpulih Rumah Nelayan di bawah Projek Khas Perumahan Nelayan (PKPN) Negeri Sabah bagi Tahun 2024 pula bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup nelayan melalui penyediaan perumahan yang lebih selesa dan selamat.

“Mohamad turut menyerahkan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai kepada 848 ahli Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sandakan yang layak.” katanya.

Turut hadir dalam majlis ini, Ketua Setiausaha KPKM, Datuk Lokman Hakim Ali, Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, Ketua Pengarah LKIM, Hamdan Mamat, Pengerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT), Abdul Hamid Bahari dan ketua-ketua jabatan serta agensi di bawah KPKM.

Artikel Berkaitan:

Mohamad (empat, kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Sara Hidup Nelayan (BSHN) Negeri Sabah bagi tahun 2024 kepada wakilnya.
Mohamad (empat, kiri) menyerahkan replika cek Bantuan Sara Hidup Nelayan (BSHN) Negeri Sabah bagi tahun 2024 kepada wakilnya.



Menurut kenyataan itu lagi, penyerahan bantuan tersebut adalah satu langkah segera bagi membantu nelayan yang memerlukan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Dalam majlis yang sama, turut disampaikan adalah replika cek bagi bantuan ESHN negeri Sabah bagi tahun 2024 yang berjumlah RM21.1 juta setahun

“Bantuan ini melibatkan seramai 7,502 nelayan seluruh negeri Sabah dan bantuan ESH nelayan telah bermula pada tahun 2008 dengan objektif utamanya bagi membantu golongan nelayan meringankan bebanan menghadapi tekanan ekonomi yang disebabkan oleh kenaikan kos sara hidup.

“Menteri KPKM turut menyerahkan peruntukan bagi program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40 negeri Sabah bagi tahun 2024 bernilai RM450,000.00. Bantuan ini melibatkan 45 penerima daripada Wilayah Sandakan dan Wilayah Tawau.

“Pada tahun 2023, bantuan juga disediakan dengan nilai peruntukan yang sama untuk Sabah, namun kawasan penerima bantuan lebih kepada Wilayah Kota Kinabalu. Objektif pemberian bantuan ini adalah bagi membantu meningkatkan pendapatan nelayan golongan B40 yang terlibat dalam aktiviti peningkatan ikan bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup nelayan,” ujarnya.

Ketibaan Mohamad dan rombongan Program Ramah Mesra MADANI YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Nelayan Sandakan menerima sambutan meriah daripada komuniti setempat.
Ketibaan Mohamad dan rombongan Program Ramah Mesra MADANI YB Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan Bersama Nelayan Sandakan menerima sambutan meriah daripada komuniti setempat.



Jelas kenyataan itu lagi, selain itu, program berkenaan juga bertujuan untuk meningkatkan kecekapan serta kemahiran nelayan ke arah peningkatan produktiviti sektor perikanan.

“Bantuan berbentuk enjin sangkut berkapasiti 15 Kuasa Kuda (HP) akan diserahkan oleh Mohamad kepada masing-masing enam penerima daripada PNK Sandakan dan PNK Libaran.

“Penerima bantuan juga menerima turut menerima dua utas pukat tangsi setiap seorang,” katanya.

Menurut kenyataan itu, replika cek peruntukan Baik Pulih Rumah Nelayan di bawah PKPN Negeri Sabah bagi tahun 2024 bernilai RM1 Juta turut diserahkan pada program berkenaan.

Bantuan melibatkan lebih 60 rumah nelayan dengan kadar maksimum RM15,000.00 sebuah rumah.

“Projek yang telah dilaksanakan sejak tahun 2020 ini adalah bertujuan untuk memberikan kesejahteraan kepada keluarga nelayan agar dapat menikmati kualiti hidup yang lebih baik dan selesa.

“Manakala penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) secara tunai bernilai lebih kurang RM254,400.00 kepada 848 orang penerima ahli PNK Sandakan di mana setiap penerima menerima RM300.00 secara tunai.

“Malah 10 nelayan PNK Sandakan turut menerima bantuan pukat tangsi di bawah peruntukan Program Peningkatan Kapasiti Nelayan B40,” katanya.

Warga nelayan Sandakan begitu teruja dengan kunjungan menteri KPKM ke daerah mereka.
Warga nelayan Sandakan begitu teruja dengan kunjungan menteri KPKM ke daerah mereka.



Program ini diharapkan dapat memberikan manfaat langsung kepada golongan nelayan di daerah Sandakan dan seterusnya Negeri Sabah. Dengan pelaksanaan program ini, KPKM dan LKIM berharap agar golongan nelayan akan terus menerima sokongan yang berterusan dan dapat meningkatkan kualiti hidup mereka seiring dengan kemajuan negara.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!