Mayat hampir reput dijumpai di rumah usang

Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati sejak tiga hingga empat hari yang lalu. Foto hiasan
Polis tidak menolak kemungkinan mangsa mati sejak tiga hingga empat hari yang lalu. Foto hiasan
A
A
A

TANGKAK - [DIKEMAS KINI] Mayat hampir reput ditemui di sebuah rumah usang di Kesang Laut, berdekatan pusat timbang Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pada April lalu tiada unsur jenayah.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, selepas menerima laporan polis pada 14 April lalu berhubung penemuan itu pasukan forensik digerakkan ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mangsa.

“Siasatan juga tidak menemui sebarang unsur pergelutan dan kes disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut Roslan, penemuan mayat yang hampir reput itu disyaki meninggal dunia melebihi tiga atau empat hari.

"Mayat dibawa ke Hospital Tangkak untuk proses bedah siasat.

"Beberapa keterangan saksi awam telah diambil untuk membantu siasatan tetapi sehingga kini tiada keterangan yang membawa kepada penemuan identiti si mati," katanya.

Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!