Penyampai berita sebak lapor kematian Nur Farah Kartini

Anas Farihin sebak ketika membacakan berita kematian Nur Farah Kartini.
Anas Farihin sebak ketika membacakan berita kematian Nur Farah Kartini.
A
A
A

SHAH ALAM - Penyampai berita sebuah stesen televisyen dikenali Anas Farihin mengakui sebak ketika membacakan warta kematian sahabatnya, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tengah malam tadi.

Menurutnya, walaupun merasai sebak di dada, beliau terpaksa meneruskan membaca berita itu.

"Ini kali pertama aku menyampaikan berita di mana tahap professionalku betul-betul tercabar. Waktu ini emosi ini perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal, sebak di dada perlu ditahan.

"Faa (Nur Farah Kartini) ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya serta dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah," tulisnya di TikTok pada Selasa.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan mayat wanita itu ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini kira-kira jam 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati mayat terbabit dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim, Perak pada 11 Julai lalu.

Nur Farah Kartini yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Susulan itu, pada Selasa, seorang lelaki dipercayai teman lelaki kepada Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Artikel Berkaitan:

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 26 tahun yang merupakan penjawat awam dikeluarkan Hakim Nurul Mardhiah Mohammed Redza.

Siasatan ke atas suspek dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!