Pelancong asing cabul pekerja spa di Pulau Perhentian

Seorang pelancong asing direman selama empat hari selepas disyaki mencabul pekerja wanita di sebuah spa di Pulau Perhentian, di Besut. Gambar hiasan
Seorang pelancong asing direman selama empat hari selepas disyaki mencabul pekerja wanita di sebuah spa di Pulau Perhentian, di Besut. Gambar hiasan
A
A
A

BESUT - Seorang pelancong asing direman selama empat hari selepas disyaki mencabul pekerja wanita di sebuah spa di Pulau Perhentian, di sini.

Tahanan reman terhadap suspek yang merupakan warga Maghribi berusia 20-an itu dibenarkan Mahkamah Majistret Daerah Besut bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Abdul Rozak Muhammad berkata, permohonan reman ke atas suspek itu bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Kita telah menerima laporan polis pada Isnin lepas berhubung kes cabul kehormatan terhadap seorang wanita tempatan berusia 19 tahun oleh suspek yang merupakan warga asing.

"Hasil siasatan yang dijalankan mendapati mangsa merupakan seorang ahli terapi di sebuah spa di Pulau Perhentian.

"Mangsa telah membuat laporan mengatakan dicabul semasa memberikan perkhidmatan urutan ke atas seorang lelaki berusia 20-an yang merupakan warga Maghribi," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Justeru, Abdul Rozak menyatakan tangkapan telah dilakukan ke atas suspek dan hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, pihaknya menyeru kepada orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkenaan sebarang kegiatan jenayah ke Ibu Pejabat Polis Daerah Besut di talian 09-6956222.

"Kita juga memberi amaran agar orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan berita tidak benar yang akan mengganggu siasatan pihak polis," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!