'Nur Farah Kartini ada beritahu dompet hilang'

Nur Farah Kartini
Nur Farah Kartini
A
A
A

SUNGAI BULOH - Bekas kakak ipar kepada mangsa kes bunuh, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, memaklumkan kali terakhir mereka berbual pada 5 Jun lalu.

Nor Amidah Mohd Ali, 36, berkata, ketika dihubungi menerusi panggilan telefon Nur Farah Kartini memaklumkan dompetnya tercicir.

Menurut Nor Amidah, beliau juga ada bertanyakan Nur Farah Kartini di mana dompetnya hilang, namun ketika itu itu arwah tidak menjawabnya.

"Walaupun sudah berpisah dengan suami, namun hubungan saya dengan Nur Farah Kartini sangat baik kerana arwah adalah satu-satunya anak perempuan daripada tujuh beradik.

"Nur Farah Kartini seorang yang sangat bertanggungjawab. Selepas tamat pengajian pada tahun lalu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), dia nekad bekerja sambilan di Semenanjung untuk membantu ibu dan neneknya di kampung," katanya yang ditemui di Hospital Sungai Buloh pada Selasa.

Nor Amidah berkata, beliau amat terkejut apabila mendapat khabar mengenai penemuan mayat Nur Farah Kartini.

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Artikel Berkaitan:

Allahyarham dipercayai dibunuh individu yang dikenali.

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor, pada 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!