Seludup e-bike guna alamat restoran makanan laut

Norlela (dua dari kanan) menunjukkan e-bike yang dirampas pihaknya susulan pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 3 Julai lalu.
Norlela (dua dari kanan) menunjukkan e-bike yang dirampas pihaknya susulan pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 3 Julai lalu.
A
A
A

KLANG - Taktik menyeludup masuk motosikal elektrik (e-bike) dari sebuah negara Asia dengan mengisytihar menggunakan alamat restoran makanan laut terbongkar susulan penahanan sebuah kontena di Pelabuhan Utara di sini, 3 Julai lalu.

Operasi yang dijalankan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah, Unit II (Selangor) itu bertindak merampas 79 unit e-bike bernilai RM169,450 termasuk nilai duti dan cukai.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pemeriksaan kontena terbabit tidak mempunyai permit import.

"Semakan lanjut dapati borang ikrar kastam yang digunakan pengimport menggunakan alamat premis yang sudah tidak wujud.

JKDM merampas 79 e-bike hasil pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 3 Julai lalu.
JKDM merampas 79 e-bike hasil pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Utara, Klang pada 3 Julai lalu.

"Premis itu ialah restoran makanan laut, tetapi telah ditutup beberapa tahun lalu sejak Covid-19," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Kastam Selangor di sini pada Selasa.

Beliau berkata, modus operandi pengimportan ini adalah menyorokkan e-bike di sebalik dagangan pakaian, aksesori perkakasan dan lain-lain.

Tambahnya, e-bike merupakan barang larangan yang mana pengimportannya dibenarkan dengan syarat mempunyai permit import daripada Kementerian Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITI).

Artikel Berkaitan:

Norlela (depan) menunjukkan e-bike yang dirampas hasil pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang pada 28 Jun lalu.
Norlela (depan) menunjukkan e-bike yang dirampas hasil pemeriksaan sebuah kontena di Pelabuhan Barat, Klang pada 28 Jun lalu.

Dalam kes berasingan, lapan unit e-bike dan 375 liter minuman keras bernilai RM60,623 dirampas dalam serbuan sebuah kontena di Pelabuhan Barat di sini, 28 Jun lalu.

"Dagangan ini disorok di sebalik barangan kabinet, meja, peralatan dapur yang tidak diikrar dalam Borang Kastam No 1," ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!