Suami isteri direman disyaki salah guna jawatan dapatkan projek RM200,000

Sepasang suami isteri direman enam hari di Mahkamah Masjistret Kuala Terengganu pada Selasa.
Sepasang suami isteri direman enam hari di Mahkamah Masjistret Kuala Terengganu pada Selasa.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Sepasang suami isteri direman enam hari di Mahkamah Majistret di sini pada Selasa bagi membantu siasatan berhubung disyaki menyalahgunakan jawatan dalam sebuah agensi untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood mengeluarkan perintah reman terhadap suami isteri yang berusia 30-an itu sehingga Ahad ini, selepas membenarkan permohonan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kesemua suspek itu diwakili peguam dari Mohd Hayyatuddin & Co.

Menurut sumber, SPRM Terengganu telah menahan lelaki terbabit di pejabatnya kira-kira jam 12 tengah hari Isnin manakala isterinya ditahan kira-kira jam 1 tengah hari di kediaman pasangan berkenaan.

Kedua suspek keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa.
Kedua suspek keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pasangan itu dipercayai melakukan perbuatan berkenaan sekitar 2022 hingga 2023 melibatkan beberapa jenis kerja pembekalan berbeza.

Sumber itu memaklumkan SPRM Terengganu kini sedang meneliti kerja-kerja pembekalan lain yang diperoleh syarikat terbabit daripada agensi berkenaan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan pasangan suami isteri berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!