Polis kesan sekumpulan lelaki bergaduh di tapak pembinaan

Tular video memaparkan dua kumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing yang bekerja di tapak pembinaan bergaduh.
Tular video memaparkan dua kumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing yang bekerja di tapak pembinaan bergaduh.
A
A
A

KULAI - Polis sedang mengesan sekumpulan lelaki dipercayai buruh yang terlibat dalam pergaduhan di tapak pembinaan dalam kawasan Sedenak di sini.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superitenden Tan Seng Lee berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 28 saat tular dalam aplikasi X pada jam 4.30 petang Isnin yang memaparkan sekumpulan individu sedang bergaduh di tapak pembinaan.

"Kejadian dipercayai berlaku di kawasan tapak pembinaan di Sedenak, Kulai. Semakan yang dibuat oleh pihak polis mendapati tiada laporan polis dibuat berkaitan kejadian tersebut.

Tular video memaparkan dua kumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing yang bekerja di tapak pembinaan bergaduh.
Tular video memaparkan dua kumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing yang bekerja di tapak pembinaan bergaduh.

"Kes disiasat di bawah 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau meminta pemilik asal video berkenaan atau mana-mana saksi awam untuk tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai 07-6632222 bagi membantu siasatan.

Tular video pekerja warga asing bergaduh di tapak pembinaan.
Tular video pekerja warga asing bergaduh di tapak pembinaan.

Menerusi video yang tular itu memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai pekerja warga asing yang bekerja di tapak pembinaan tersebut bergaduh.

Artikel Berkaitan:

Mereka juga menggunakan senjata dipercayai kayu dan terdapat insiden mengejar sambil memukul lawan dalam video berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!