Remaja maut dilanggar kereta semasa kerja baiki jalan

Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika kerja-kerja membaiki jalan dilakukan di Kilometer 50 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada awal pagi Selasa. Foto PDRM
Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika kerja-kerja membaiki jalan dilakukan di Kilometer 50 Jalan Johor Bahru-Mersing, pada awal pagi Selasa. Foto PDRM
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang remaja lelaki maut selepas motosikal yang diboncengnya dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta ketika kerja-kerja membaiki jalan dilakukan di Kilometer 50 Jalan Johor Bahru-Mersing dekat sini, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, nahas membabitkan sebuah kereta Proton Wira dan dua motosikal jenis K-Light 202 serta Yamaha Y15ZR itu berlaku kira-kira jam 4.15 pagi.

Menurut beliau, mangsa berusia 17 tahun yang menaiki motosikal K-Light 202 bersama rakannya dari arah Kota Tinggi ke Mersing.

"Apabila tiba di lokasi kejadian telah diarahkan berhenti oleh seorang pekerja pembaikan jalan, warga Bangladesh bagi membolehkan kenderaan dari laluan bertentangan meneruskan perjalanan terlebih dahulu.

"Semasa dua remaja berkenaan menanti giliran untuk laluan mereka dibuka, datang Proton Wira dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun dari arah belakang dan melanggar motosikal mereka.

Remaja berkenaan yang membonceng motosikal cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto PDRM
Remaja berkenaan yang membonceng motosikal cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Foto PDRM

"Proton Wira berkenaan turut melanggar sebuah motosikal Yamaha Y15ZR yang turut berhenti, ditunggang lelaki berusia 28 tahun," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hussin memberitahu, akibat pelanggaran itu, remaja berkenaan yang membonceng cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan:

"Mayat remaja itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT) manakala semua mangsa lain yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.

"Kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!