Suami isteri cari bapa kandung Muhammad Farhan

Pasangan suami isteri mencari bapa kandung Muhammad Farhan (tengah) bagi urusan dokumentasi JPN.
Pasangan suami isteri mencari bapa kandung Muhammad Farhan (tengah) bagi urusan dokumentasi JPN.
A
A
A

SEREMBAN - Sepasang suami isteri di sini meminta bantuan orang ramai mengesan bapa kandung kepada anak angkatnya bagi menyelesaikan urusan dokumentasi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Rushima Mohamed Mansur, 41, berkata, anak angkatnya Muhammad Farhan yang kini berusia lapan tahun dipelihara sejak setahun lalu.

"Kami telah mendapat persetujuan berhubung penyerahan anak angkat ini daripada ibu kandungnya, Noor Farah Diva Mokhtar.

"Bagaimanapun, urusan ini memerlukan juga persetujuan daripada bapa kandungnya, Muhamad Nur Kelmey Majuning," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Katanya, alamat terakhir bapa kandung anak tersebut adalah di Setapak Jaya, Kuala Lumpur dan usaha mengesannya dilakukan sejak Ogos tahun lalu namun tidak berjaya.

"Apabila urusan ini selesai lain-lain hal termasuk dokumentasi dapat dilakukan dengan lebih lancar sekali gus mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa hadapan.

"Justeru, kami memohon sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung bapa kandung Muhammad Farhan supaya menghubungi saya menerusi talian 018-3906292," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!