'Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia', luahan terakhir Nur Farah Kartini

Nur Farah Kartini (kiri), Tangkap layar hantaran terakhir di akaun Threads Nur Farah Kartini.
Nur Farah Kartini (kiri), Tangkap layar hantaran terakhir di akaun Threads Nur Farah Kartini.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] "Mati rasa hanya kerana dikecewa dan disia-sia."

Demikian hantaran terakhir di akaun Threads bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang ditemukan maut dibunuh selepas dilaporkan hilang sejak Rabu minggu lalu.

Hantaran dimuat naik pada 8 Julai itu merupakan dua hari sebelum dia dilaporkan hilang seperti meluahkan rasa kekecewaan.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan tujuan hantaran dibuat mangsa.

Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.
Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan mayat Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu ditemukan pada petang Isnin.

Mangsa didapati hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Perak.

Allahyarham dipercayai dibunuh individu yang dikenali.

Artikel Berkaitan:

Mayat mangsa ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, tidak jauh dari Felda Gedangsa di Hulu Selangor pada jam 6 petang, sebelum polis menahan seorang penjawat awam lelaki berusia 26 tahun.

Suspek direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan suspek adalah seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!