FAM sudah cuba sedaya upaya pujuk Pan-gon

Mohd Yusoff. FAM menghormati keputusan Pan-gon meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.
Mohd Yusoff. FAM menghormati keputusan Pan-gon meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan.
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengakui sudah cuba sedaya upaya memujuk Kim Pan-gon untuk membatalkan hasrat meletakkan jawatan.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, kegagalan untuk memujuk Pan-gon sememangnya satu kerugian besar untuk bola sepak negara.

"Sebenarnya kami juga baru tahu dalam dua minggu ini kerana sebelum ini Pan-gon hanya berbincang dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin.

"Memang kami sudah cuba memujuk beliau untuk kekal bersama pasukan kebangsaan.

"Tetapi, atas alasan-alasan komitmen peribadi, kami pun terpaksa menghormati keputusannya. Memang kita sangat terasa kehilangannya," katanya dalam sidang akhbar pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa staf kejurulatihan lain iaitu penolong jurulatih, Park Bobae; jurulatih penjaga gol, Cho Junho; jurulatih kecergasan, Jihyeon Park dan jurulatih analisis prestasi, Lim Jaehun akan kekal bersama pasukan.

Menurutnya, penolong Pan-gon, Pau Marti akan menjadi pengendali sementara dalam Harimau Malaya.

"Sudah pasti tugasan pertama Pau Marti selaku pemangku ketua jurulatih Harimau Malaya ialah untuk mengemudi pasukan bagi pertandingan Pestabola Merdeka 2024 yang akan berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada September ini dengan disertai tiga pasukan lain iaitu Tajikistan, Lebanon dan Filipina.

Artikel Berkaitan:

"Pada masa yang sama, Jawatankuasa Pengurusan Pasukan-pasukan Kebangsaan FAM akan terus menilai dan memantau prestasi skuad Harimau Malaya dari semasa ke semasa di bawah kendalian Pau Marti ini terutama menjelang Piala AFF pada November dan Disember ini serta Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac depan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!