Warga emas mengaku salah bunuh abang, kakak ipar

Chun Ming (tengah) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh pasangan suami isteri yang juga ahli keluarganya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa.
Chun Ming (tengah) mengaku bersalah atas tuduhan membunuh pasangan suami isteri yang juga ahli keluarganya di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa.
A
A
A

IPOH - Seorang warga emas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa atas pertuduhan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.

Tertuduh, Ng Chun Ming, 63, membuat pengakuan bersalah ke atas dua pertuduhan pindaan yang dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Kantonis.

Mengikut pertuduhan, lelaki tersebut didakwa membunuh abangnya, Ng Chun Hon, 64, dan Ooi Tin Lu, 59, di sebuah rumah di Laluan Bercham Utara 26, Taman Bercham Aman, di sini antara 6.45 petang pada 6 Julai 2022 hingga 8.20 pagi 7 Julai 2022.

Perbuatan itu merupakan kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dikenakan hukuman mati.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Saifulakmal Mohd Said manakala tertuduh diwakili Amir Faliq Mohamad Jamil, Afina Abdul Hakim dan Nurhusna Mohd Tharimazi.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed menetapkan 1 Ogos depan sebagai tarikh bagi keputusan hukuman dan hujahan mitigasi.

Pada 7 Julai 2022, media melaporkan pasangan suami isteri ditemui mati, dipercayai dibunuh ahli keluarga sendiri di kediaman mereka di Taman Bercham Aman di sini.

Suspek kemudiannya berjaya diberkas di Genting Highlands, Pahang, kira-kira jam 7.45 malam hari yang sama, 11 jam selepas polis menerima laporan mengenainya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!