DUN Melaka tunggu surat rasmi ADUN Rembia - Speaker

Laporan Sinar Harian
Laporan Sinar Harian
A
A
A

MELAKA - Speaker Dewan Undangan (DUN) Melaka, Datuk Ibrahim Durum mengesahkan pihaknya masih menunggu surat rasmi daripada individu itu berhubung penyertaannya dalam parti Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, setakat ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhamamd Jailani Khamis yang sebelum ini menyertai parti UMNO belum menghantar surat rasmi kepada DUN Melaka.

"Setakat ini kita belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.

"Itu baru kenyataan mulut dia sahaja dan saya belum terima apa-apa surat rasmi lagi," katanya ketika dihubungi di sini, pada Selasa.

Tambahnya, Muhamamd Jailani seharusnya menulis surat pemakluman berhubung status dirinya yang diumumkan telah melompat parti.

Media sebelum ini melaporkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan Muhammad Jailani yang sebelum ini digantung keahlian dalam UMNO sah menyertai parti berkenaan.

Menurutnya, kemasukan Muhammad Jailani berkuat kuasa Jun tahun lalu sebelum DUN Melaka meluluskan Akta Anti Lompat Parti yang dinamakan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2023 pada 31 Julai 2023.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!