Kerajaan teliti tetap garis panduan kutip dana, derma awam

Mohd Na'im ketika berucap pada Majlis Zakat Korporat di WTCKL pada Selasa.
Mohd Na'im ketika berucap pada Majlis Zakat Korporat di WTCKL pada Selasa.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meneliti untuk menetapkan garis panduan yang sesuai dalam memastikan tidak berlaku penyelewengan dalam urusan kutipan dana serta derma awam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, garis panduan itu penting dalam memastikan amanah dipertanggungjawabkan termasuk membabitkan golongan pempengaruh disampaikan kepada kumpulan sasaran.

"Amanah telah diberikan, maknanya apabila ada sumbangan awam diserahkan kepada pempengaruh ini, ada tujuannya supaya ia perlu diberikan kepada kumpulan sasar.

"Bila mana ada teras keyakinan orang awam kepada pempengaruh ini maka mereka kena laksana amanah, jika tidak berlakulah pengkhianatan," katanya ketika diminta mengulas mengenai isu penyelewengan dana derma awam membabitkan pempengaruh.

Mohd Na'im (tengah) menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di WTCKL pada Selasa.
Mohd Na'im (tengah) menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di WTCKL pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Zakat Korporat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di ibu negara di sini pada Selasa.

Majlis tersebut turut dihadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Syed Kamarulzaman Syed Kabeer dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Datuk Abdul Hakim Amir Osman.

Terdahulu ketika berucap pada majlis berkenaan, Mohd Na'im mengingatkan semua warga kerja MAIWP yang terlibat dalam unit agihan zakat untuk sentiasa mengutamakan nilai integriti di tahap tinggi.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, ini kerana kesan ketirisan penyalahgunaan wang zakat akan memakan diri, justeru warga kerja terbabit perlu melaksanakan amanah dengan sebaiknya.

"Pesanan yang sama seperti saya sampaikan kepada warga kerja MAIWP ini, nasihat sama juga kepada kepada pempengaruh," ujarnya lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!