'Kes tergempar di kampung ini'

Suasana sekitar lokasi kejadian kes bunuh di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada Selasa.
Suasana sekitar lokasi kejadian kes bunuh di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor pada Selasa.
A
A
A

HULU SELANGOR - "Saya nampak polis ramai semalam di sana (lokasi kejadian), tapi tak tahu pula kes bunuh," kata warga emas Mohd Sabran Achil, 72, ketika ditanya mengenai kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah, 25.

Mayat wanita itu dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, di sini, pada Isnin.

Menurut Mohd Sabran, dia hanya mengetahui kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang ketika hendak keluar makan bersama isteri.

Mohd Sabran
Mohd Sabran

"Kami menaiki kereta melalui kawasan tersebut sebelum melihat ramai anggota polis.

"Saya memperlahankan kereta bertanya kepada mereka (polis), ada kes apa ini cik. Anggota itu beritahu ada kes sahaja, tak maklum pula kes apa.

"Pagi tadi bila tengok berita, kawan pun ada cerita, baru tahu itu kes bunuh," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini pada Selasa.

Tambahnya, dia rasa terkejut dengan berita itu dan menganggap antara kes tergempar di kampungnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, seorang pemuda kampung berkenaan, Muhammad Asyraf Md Kamanor Rashid, 19, berkata, dia menyedari berita kejadian itu semasa berkumpul dengan rakan pada Isnin malam.

Muhammad Asyraf
Muhammad Asyraf

"Semalam (Isnin) ada juga kami naik motosikal di sekitar sana kira-kira jam 5 petang. Waktu itu keadaan seperti biasa sahaja, tenang.

"Bila malam (Isnin) tengok berita dan rakan kongsikan di grup WhatsApp baru tahu kes ini," katanya.

Dalam pada itu, tinjauan Sinar Harian mendapati kawasan kejadian itu berada berhampiran di jalan raya.

Ia juga dikelilingi lilitan pita garisan polis selain keadaan yang mula sunyi sekitar jam 4 petang.

Sinar Harian melaporkan mayat mangsa yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ditemui di kawasan ladang kelapa sawit kira-kira jam 6 petang, Isnin.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun dipercayai teman lelaki mangsa ditahan pada hari sama sebelum direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!