Sultan Selangor jalani pemeriksaan kesihatan pembedahan katarak mata
SHAH ALAM - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah kini berada di hospital untuk rawatan pemeriksaan kesihatan bagi menjalani prosedur pembedahan katarak mata sebelah kanan yang tertangguh sejak lapan bulan lepas.
Hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office memaklumkan baginda dinasihatkan oleh doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu sebelum pembedahan dilakukan.
"Susulan prosedur ini, baginda dijangka berada dalam fasa pemulihan selama sepuluh hari,” katanya.
Menurut hantaran itu, Sultan Sharafuddin sebelum ini menjalani pembedahan sama untuk mata kiri. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!