Econsave bekal air bersih kepada penduduk Gaza

Pasaraya Econsave membekalkan antara 4,000 hingga 8,000 liter air bersih setiap hari kepada penduduk Gaza di kem-kem pelarian di Palestin.
Pasaraya Econsave membekalkan antara 4,000 hingga 8,000 liter air bersih setiap hari kepada penduduk Gaza di kem-kem pelarian di Palestin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Pasaraya Econsave (Econsave) membekalkan 4,000 hingga 8,000 liter air bersih setiap hari di sekolah dan kem-kem pelarian di Palestin.

Pengurus Besarnya, Mas Imran Adam berkata, bantuan tersebut dilakukan menerusi projek Air Untuk Kehidupan yang dibiayai sepenuhnya oleh pasar raya berkenaan.

"Projek ini bermula pada bulan ini dan akan diteruskan hingga Ogos dengan sebanyak 4,000 hingga 8,000 liter air minuman diagihkan setiap hari.

"Pada masa ini, krisis kekurangan bekalan air minuman adalah antara masalah utama dihadapi penduduk Semenanjung Gaza. Ini berpunca kerana kekurangan loji rawatan air, gangguan bekalan elektrik dan kekurangan bahan api yang digunakan untuk mesin penjana," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mas Imran berkata, masalah tersebut telah menyebabkan berlakunya kenaikan harga air mendadak di negara sedang bergolak itu menjadi lebih RM5 seliter.

Keadaan itu katanya, menyebabkan kanak-kanak terpaksa membawa botol berisi air seberat 20 liter ke kawasan yang jauh untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan keluarga mereka.

"Sehubungan itu, projek ini menjadikan urusan berkenaan lebih mudah dan selamat, iaitu mereka boleh mendapatkan bekalan air bersih dalam kuantiti banyak untuk kegunaan seharian," jelasnya.

Pihaknya turut memastikan urusan agihan dibuat dalam keadaan teratur dengan menyediakan barisan khas untuk golongan wanita.

Artikel Berkaitan:

"Walaupun barisannya panjang, tetapi kami mendapat kepuasan apabila melihat wajah kegembiraan mereka setelah berjaya mendapat air bersih untuk kegunaan seharian," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!