340,637 syarikat selesai serah simpan maklumat pemunyaan benefisial

Armizan
Armizan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak 340,637 syarikat telah selesai melakukan transaksi serah simpan maklumat pemunyaan benefisial sejak Akta Syarikat (Pindaan) 2024 dikuatkuasakan pada 1 April lalu.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tiada sebarang fi lewat serah simpan dan fi rektifikasi dikenakan dalam tempoh dikuatkuasakan sehingga 30 September depan.

“Tempoh ini bertujuan memastikan semua syarikat mempunyai masa yang mencukupi untuk mematuhi keperluan tersebut melalui sistem e-BOS (Electronic Beneficial Ownership System).

“Syarikat dan pegawai yang melanggar Seksyen 60B(6) Akta Syarikat 2016 dengan tidak mematuhi tanggungjawab ini melakukan suatu kesalahan dan jika disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 serta dalam hal kesalahan berterusan, didenda selanjutnya tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan berterusan selepas sabitan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Bagaimanapun katanya, pelaksanaan bagi Seksyen 4,14, 26 dan 28 yang terkandung dalam perundangan baharu itu dikecualikan sehingga ke tarikh yang akan diumum nanti.

Tambah Armizan, KPDN pada Selasa telah memulakan siri dialog bersama pemain industri sektor peruncitan membabitkan empat badan gabungan iaitu Malaysia Retailers Association (MRA), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), Bumiputera Retailers Organization (BRO) dan Persatuan Pemborong Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR).

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!