'Lalu hanya pada waktu siang, malam sunyi sepi'

Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin.
Mayat Nur Farah Kartini ditemukan di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor pada Isnin.
A
A
A

HULU SELANGOR - Penduduk kampung amat terkejut dengan penemuan mayat seorang wanita di ladang sawit Kampung Sri Kledang, kira-kira jam 6 petang pada Isnin.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Sri Kledang, Ibrahim Isham Ismail, 52, berkata, dia terus ke tempat kejadian selepas dimaklumkan oleh penduduk.

"Saya amat terkejut dengan penemuan mayat wanita di ladang berkenaan yang jaraknya kira-kira 700 meter dari Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kledang," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ibrahim menjelaskan, jalan berkenaan biasanya dilalui penduduk pada waktu siang sahaja kerana pada waktu malam jalan berkenaan agak sunyi tambah pula tiada kemudahan lampu jalan.

"Jalan ke lokasi kejadian merupakan jalan digunakan penduduk kampung jika mereka mempunyai urusan untuk ke Sungai Besar, ke Behrang dan Tanjung Malim, Perak.

"Selepas ini saya amat berharap penduduk agar lebih berhati-hati dan peka dengan keadaan persekitarannya, pernah juga berlaku rompakan sebelum ini kerana jalan di situ sunyi," ujarnya lagi.

Pada Isnin, polis dilaporkan menemukan mayat wanita, Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada jam 6 petang.

Susulan kejadian, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga kekasih mangsa dan suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan turut mengesahkan suspek adalah seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal yang bertugas di Slim River, Perak.

Mangsa terbabit yang dilaporkan berasal dari Miri, Sarawak itu merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!