Pelaksanaan e-invois tidak beri kesan ketara pinjaman kereta - MAA

Pelaksanaan e-invois seharusnya tidak memberi kesan ketara terhadap pasaran pinjaman kereta.
Pelaksanaan e-invois seharusnya tidak memberi kesan ketara terhadap pasaran pinjaman kereta.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan invois elektronik (e-invois) seharusnya tidak memberi kesan ketara terhadap pasaran pinjaman kereta, kata Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd Shamsor Mohd Zain.

Bagaimanapun, inisiatif itu dijangka meningkatkan kecekapan dan ketelusan dalam permohonan pinjaman sewa beli.

"Bank Negara Malaysia telah mengenakan peraturan yang ketat bagi memastikan amalan perbankan yang bertanggungjawab di bawah Akta Sewa Beli.

"Walaupun pelanggan dikehendaki membayar bayaran pendahuluan minimum, sesetengah bank masih menawarkan pinjaman 100 peratus," katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau membuat kenyataan ini apabila ditanya mengenai kesan e-invois terhadap pinjaman penuh dan jualan kenderaan.

"Jadi pada dasarnya, saya rasa ia tidak sepatutnya memberi kesan besar kepada keseluruhan senario situasi pinjaman penuh,” tambahnya lagi.

Semalam, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menyatakan bahawa pelaksanaan e- invois, yang dijadualkan bermula bulan depan, tidak akan menjejaskan jualan kenderaan keseluruhan tahun ini.

Laporan media terkini menjangkakan jualan kenderaan mungkin berkurangan pada Ogos berikutan pemansuhan pembiayaan penuh untuk pembelian berikutan pelaksanaan e-invois.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan sebelum ini mengumumkan bahawa 4,000 syarikat dengan pendapatan melebihi RM100 juta akan menjadi kumpulan pertama yang terlibat dalam pelaksanaan e-invois mulai 1 Ogos 2024.

Syarikat dengan pendapatan tahunan antara RM25 juta dan RM100 juta akan mula menggunakan e-invois menjelang 1 Jan 2025, dengan penguatkuasaan sepenuhnya pada 1 Julai 2025. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!