'Tak boleh kongsi sebab letak jawatan, sangat bahaya' - Pan-gon

Pan-gon (kiri) ketika mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad negara pada sidang media khas di Wisma FAM pada Selasa. Foto Bernama
Pan-gon (kiri) ketika mengumumkan peletakan jawatan sebagai ketua jurulatih skuad negara pada sidang media khas di Wisma FAM pada Selasa. Foto Bernama
A
A
A

BEKAS pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon enggan mendedahkan sebab utama selain alasan komitmen peribadi yang menjadi punca beliau meninggalkan pasukan kebangsaan.

Menurutnya, faktor sebenar beliau meletakkan jawatan hanya diketahui oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin selepas beberapa perbincangan berlangsung.

"Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tak perlu tanya dia lagi.

"Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai," katanya dalam sidang media khas di Wisma FAM, Kelana Jaya pada Selasa.

Arena bola sepak negara digemparkan dengan pengumuman mengejut Pan-gon yang meletakkan jawatan selepas hampir dua tahun membimbing skuad Harimau Malaya.

Beliau telah membuktikan kemampuannya untuk memacu pasukan negara terutama layak secara merit ke Piala Asia 2023 menamatkan kemarau selama 43 tahun selain peningkatan positif ranking FIFA.

Tidak diketahui ke mana hala tuju Pan-gon selepas ini, namun dikhabarkan pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah mendapat tawaran untuk membimbing kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!