Kes bunuh Nur Farah Kartini: Polis tunggu laporan makmal

Polis masih menunggu laporan lengkap makmal berkaitan kes penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada Isnin.
Polis masih menunggu laporan lengkap makmal berkaitan kes penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis masih menunggu laporan lengkap makmal berkaitan kes penemuan mayat bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pada Isnin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, proses bedah siasat telah dijalankan pada Selasa oleh pakar Patologi Forensik Hospital Sungai Buloh bermula pada jam 3 petang hingga 5.30 petang.

"Keputusannya 'pending laboratory investigation," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hussein berkata, pihaknya telah menahan seorang lelaki yang merupakan anggota polis yang bertugas di Kontinjen Perak telah ditahan.

"Suspek telah direman pada hari ini selama tujuh hari. Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut dan mohon mana-mana saksi kejadian untuk tampil di balai yang berhampiran untuk membantu siasatan.

"Orang ramai juga diingatkan supaya tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini dan tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh menganggu siasatan kes ini," katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Hussein memaklumkan mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim, Perak pada 10 Julai lalu.

Artikel Berkaitan:

Nur Farah Kartini Abdullah yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!