Parlimen Eropah memilih semula Roberta Metsola sebagai presiden

Roberta Metsola
Roberta Metsola
A
A
A

STRASBOURG - Parlimen Eropah pada Selasa memilih Roberta Metsola untuk satu lagi penggal sebagai presidennya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Undian untuk memilih semula Metsola bagi dua setengah tahun lagi diadakan dalam sidang pertama penggal baharu badan perundangan Kesatuan Eropah (EU) di kerusi Parlimen di bandar Strasbourg, timur Perancis.

Metsola ialah wanita ketiga yang memegang jawatan itu.

Penggubal undang-undang EU dijangka menyokong Metsola, ahli politik Malta dari Parti Rakyat Eropah (EPP) berhaluan kanan, selepas EPP memenangi 188 kerusi dalam pilihan raya Eropah pada bulan Jun.

Metsola pertama kali dipilih sebagai presiden Parlimen pada 18 Jan 2022, menggantikan David Sassoli dari Itali, yang meninggal dunia ketika memegang jawatan. Beliau telah menjadi ahli Parlimen sejak 2013. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!