Pemimpin Wales, Vaughan Gething letak jawatan

Vaughan Gething. Foto Reuters
Vaughan Gething. Foto Reuters
A
A
A

LONDON - Pemimpin Wales, Vaughan Gething meletak jawatan pada Selasa selepas empat anggota Kabinetnya melepaskan jawatan mereka dan mendesak beliau berundur, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Gething berkata beliau telah "mengambil keputusan sukar untuk memulakan proses peletakan jawatan sebagai pemimpin Parti Buruh Wales dan Menteri Pertama”. Beliau kini akan membincangkan tempoh untuk memilih penggantinya.

Gething gagal memperoleh sokongan majoriti dalam undi tidak percaya berikutan pertikaian mengenai keputusannya untuk memecat bekas menteri Hannah Blythyn dan kekecohan mengenai derma yang diterimanya semasa bertanding menjadi pemimpin Parti Buruh Wales.

Pemimpin yang hanya dilantik untuk jawatan itu pada Mac serta menyatakan bahawa beliau berharap untuk tempoh 'renungan' dan pembaharuan sepanjang musim panas di bawah kepimpinannya, tetapi kini beliau sedar bahawa itu tidak lagi mungkin.

"Integriti saya penting dan saya tidak berkompromi. Saya kesal kerana beban pembuktian tidak lagi menjadi komoditi penting dalam bahasa politik kita," katanya.

Pada pagi Selasa, empat menteri - termasuk bekas pesaing kepimpinan Gething sebelum ini, Jeremy Miles - meletakkan jawatan dan mendesak beliau berundur.

Miles, Mick Antoniw, Julie James dan Lesley Griffiths memuat naik surat peletakan jawatan mereka dalam talian dalam menunjukkan rasa tidak puas hati terbuka terhadap kepimpinan berterusan Gething. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!