Perubahan iklim menjadikan hari sedikit panjang - Penyelidikan

Perubahan iklim menyebabkan tempoh hari di bumi semakin panjang sedikit, menurut penyelidikan jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
Perubahan iklim menyebabkan tempoh hari di bumi semakin panjang sedikit, menurut penyelidikan jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.
A
A
A

ISTANBUL - Perubahan iklim menyebabkan tempoh hari di bumi semakin panjang sedikit, menurut penyelidikan yang diterbitkan pada Isnin dalam jurnal Proceedings of the National Academy of Sciences.

Apabila lapisan ais mencair di kutub Bumi, pengagihan semula jisim yang membawa kepada kenaikan paras laut mempercepatkan panjang hari pada kadar yang belum pernah terjadi sebelumnya.

Agensi Anadolu melaporkan bahawa penyelidik dari Jet Propulsion Laboratory dan ETH Zurich mendapati bahawa panjang hari meningkat kira-kira 0.3 hingga 1.0 milisaat setiap abad disebabkan oleh perubahan iklim sepanjang abad ke-20.

Namun, sejak 2000, kadar ini telah meningkat secara mendadak kepada 1.33 milisaat setiap abad. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!