Belgium enggan terima kunjungan Israel

Belgium menolak untuk menjadi tuan rumah perlawanan Liga Negara-Negara menentang Israel.
Belgium menolak untuk menjadi tuan rumah perlawanan Liga Negara-Negara menentang Israel.
A
A
A

BELGIUM menolak untuk menjadi tuan rumah perlawanan Liga Negara-Negara menentang Israel pada 6 September atas kebimbangan keselamatan, kata Persekutuan Bola Sepak Belgium (RBFA) pada Selasa.

Pihak berkuasa Bandar Brussels pada bulan lalu berkata, perlawanan itu tidak akan dilangsungkan di stadium King Baudouin kerana ia boleh mencetuskan demonstrasi.

Mereka menganggap amat mustahil untuk menganjurkan perlawanan yang sangat berisiko tinggi di bandar itu kerana ketegangan yang dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.

Bandar Belgium lain juga enggan menganjurkan perlawanan itu.

Perancis dan Itali berada dalam Kumpulan A2 Liga Negara yang sama dengan Belgium dan Israel.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!