Pelakon tumbuk teman wanita: Kertas siasatan diserah ke TPR

Shahrulnizam
Shahrulnizam
A
A
A

PETALING JAYA - Kertas siasatan kes pelakon tumbuk teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, kertas siasatan itu dikemukakan pada Jumaat lalu.

"Kita sudah merekod keterangan pelakon terbabit selain mangsa serta kakaknya.

"Kertas siasatan telah pun diserah ke TPR Jumaat lepas untuk keputusan seterusnya," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Minggu lalu, Shahrulnizam mengesahkan telah merekod keterangan pelakon terbabit pada 10 Julai lalu.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, kira-kira jam 3 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar bersama kakaknya sebelum dihubungi suspek yang memarahinya.

Teman lelaki mangsa kemudian meminta wanita berkenaan untuk datang berjumpanya sebelum mereka bertemu di Ara Damansara.

Artikel Berkaitan:

Sebaik tiba, mangsa masuk ke dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu teman lelakinya itu sebelum memarahinya dan terus menumbuk mata sebelah kiri serta badan wanita berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!