LBS lancar projek terbaharu, Imperial Garden di Batu Pahat

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Syarikat pemaju hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) mengumumkan pelancaran projek terbaharu, Imperial Garden yang terletak di tengah-tengah pusat Bandar Putera Indah, Batu Pahat, Johor.

Projek yang terdiri dari enam fasa Rumah Berkembar Dua Tingkat ini akan dibina di atas tanah pegangan bebas seluas 37.11 ekar dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM237 juta.

Fasa pertama sebanyak 30 unit telah pun dilancarkan dan fasa kedua sebanyak 33 unit bakal dilancar pada bulan Ogos ini.

No Image Caption

Terletak di Batu Pahat, iaitu permata budaya Selatan, salah sebuah bandar yang sedang berkembang pesat dengan peningkatan pembangunan infrastruktur dan aktiviti ekonomi, pembinaan Imperial Garden mentakrifkan semula kehidupan di bandar.

Dengan tumpuan terhadap kesederhanaan, kekeluargaan, dan akses mudah kepada kemudahan penting, ia menetapkan piawaian baru dari sudut keselesaan kediaman.

Dengan keluasan 1,829 kaki persegi, setiap unit dilengkapi dengan empat bilik tidur, tiga bilik mandi, ruang tamu yang luas serta dikelilingi oleh ruang hijau, taman, serta kawasan komunal untuk keselesaan komuniti.

Ini menjadikan Imperial Garden sebuah rumah yang sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru membina keluarga dengan harga bermula RM575,280.

Artikel Berkaitan:

Moto ‘Kehidupan Urban Menjadi Mudah’, merangkumi visi Imperial Garden untuk memberi fokus kepada gaya hidup serba ringkas di sebalik hiruk-pikuk bandar.

Selain memastikan penduduk mendapat akses mudah kepada kemudahan dan fasiliti penting, projek ini turut menawarkan pelbagai aktiviti luar yang sesuai dengan gaya hidup urban masa kini.

No Image Caption

Lokasinya yang strategik benar-benar memberi kelainan selain menawarkan kehidupan yang tenang dari kesibukan bandar.

Seperti semua projek LBS, Imperial Garden @ Bandar Putera Indah mempunyai capaian yang baik kepada pelbagai kemudahan awam utama, seperti sekolah, klinik, balai polis dan pusat membeli-belah, termasuk AEON Big Batu Pahat dan Batu Pahat Mall.

Selain itu, bakal pemilik rumah turut mempunyai akses langsung ke Lebuhraya Utara-Selatan, selain akses ke bandar-bandar utama.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San berkata, sebagai pemaju yang berpengalaman, pihaknya amat memahami cabaran dan perjalanan proses pemilikan rumah, lebih-lebih lagi mereka yang bercita-cita untuk memiliki hartanah pegangan bebas dan tanah.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

“Selain menjadikan impian anda untuk memiliki kediaman menjadi nyata, Imperial Garden juga sesuai sebagai portfolio pelaburan dan membantu memberi kemudahan bagi mereka yang bekerja di Singapura.

“Serahan kunci rumah anda hanyalah sebahagian daripada perjalanan. Kerja-kerja pengubahsuaian juga bakal menelan kos kewangan yang besar. Oleh itu, LBS turut mengumumkan bahawa projek Imperial Garden juga tersenarai sebagai salah sebuah projek di bawah kempen terbaru kami bersama Maybank yang dilancarkan baru-baru ini, iaitu ‘Maybank - My Deco Financing’ yang menawarkan pinjaman sehingga 120 peratus,”katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini

Menurutnya, kempen ini membolehkan bakal pemilik rumah mempunyai fleksibiliti dalam menyediakan rumah mengikut keinginan sekali gus meningkatkan nilai sewaan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Imperial Garden, layari laman web www.lbs.com.my.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!