'Selamat maju jaya Pan-gon' - Tunku Ismail

Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Pan-gon di sebuah hotel di Kuala Lumpur. FOTO: X HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
Tunku Ismail berkenan menerima menghadap Pan-gon di sebuah hotel di Kuala Lumpur. FOTO: X HRH CROWN PRINCE OF JOHOR
A
A
A

PEMILIK kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada bekas pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang telah mengambil keputusan meletakkan jawatan daripada skuad kebangsaan.

Tunku Ismail yang juga pemangku Sultan Johor, turut menerima menghadap dan mengadakan perbincangan dengan pengendali kelahiran Korea Selatan itu di sebuah hotel di ibu negara pada Selasa.

"Selamat maju jaya dan semoga berjaya Kim Pan-gon. Perbincangan yang baik mengenai bola sepak," katanya di laman X.

Pan-gon mengumumkan akan meninggalkan Harimau Malaya selepas hampir dua tahun membimbing skuad negara dalam satu sidang akhbar khas pada Selasa.

Beliau telah membuktikan kemampuannya untuk memacu skuad negara terutama layak secara merit ke Piala Asia 2023 menamatkan kemarau selama 43 tahun selain peningkatan positif ranking FIFA.

Tidak diketahui kemana hala tuju Pan-gon selepas ini, namun dikhabarkan pengendali kelahiran Korea Selatan itu sudah mendapat tawaran untuk membimbing kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

Dalam hantaran terdahulu di laman X, Tunku Ismail turut mengucapkan selamat berjaya buat Pan-gon sekiranya benar berita beliau akan mengendalikan skuad Ulsan.

"Mungkin dapat tawaran lebih menarik. Kalau betul ke Ulsan, selamat berjaya kepada anda. Terima kasih atas sumbangan anda,' katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!