SkyMeridien terima Anugerah Hartanah Terurus dan Lestari Terbaik 2024

Chee Seng (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan Pengurusan Harta Transpacc, Tan Beng Hwa (tiga dari kanan) menerima Anugerah Hartanah Terurus dan Lestari terbaik The Edge Malaysia 2024 di One World Hotel, Petaling Jaya.
Chee Seng (tiga dari kiri) dan Pengarah Urusan Pengurusan Harta Transpacc, Tan Beng Hwa (tiga dari kanan) menerima Anugerah Hartanah Terurus dan Lestari terbaik The Edge Malaysia 2024 di One World Hotel, Petaling Jaya.
A
A
A

KONDOMINIUM SkyMeridien milik Pemaju Hartanah, SkyWorld Development Group (SkyWorld) menerima Anugerah Hartanah Terurus dan Lestari terbaik The Edge Malaysia 2024 dalam kategori kediaman strata bawah 10 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Lee Chee Seng berkata, pengiktirafan berprestij itu menyerlahkan komitmen SkyWorld terhadap kecemerlangan dalam pengurusan hartanah dan kemampanan.

“Anugerah ini menjadikan SkyMeridien sebagai contoh standard penyelenggaraan dan pengurusan yang terbaik serta menjadi penanda aras untuk pengurusan hartanah di Malaysia.

“Ia sekali gus mengesahkan kedudukan SkyWorld sebagai pemaju terkemuka yang komited mewujudkan hartanah mampan dan terurus dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Chee Seng (lima dari kiri) bersama kakitangan Skyworld di Majlis Penyampaian Anugerah The Edge 2024.
Chee Seng (lima dari kiri) bersama kakitangan Skyworld di Majlis Penyampaian Anugerah The Edge 2024.

Ini merupakan kali kedua SkyWorld diiktiraf dalam anugerah tersebut dan yang pertama adalah pada 2020 iaitu Ascenda Residences dinobatkan sebagai salah satu pemenang anugerah harta terurus terbaik EdgeProp Malaysia dalam kategori Perumahan Strata bawah 10 tahun.

Mengulas lanjut Chee Seng memaklumkan, SkyMeridien Residences merupakan kondominium yang mempunyai aksesibiliti utama dengan 32 fasiliti berinspirasikan resort menerusi gabungan kemudahan bandar dan kemewahan.

Ujarnya, setiap kemudahan direka sesuai untuk merehatkan badan dan minda seperti trek berbasikal, dinding panjat tebing, gelanggang futsal, gelanggang separuh bola keranjang, gym hidro, gimnasium dalaman dan banyak lagi.

Artikel Berkaitan:

“Kediaman ini juga berdekatan dengan kemudahan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT) iaitu hanya 300 meter sahaja dengan Stesen LRT Sentul Timur dan berdekatan Stesen Monorel Titiwangsa.

“Ia juga mudah diakses melalui Lebuhraya DUKE, Jalan Lingkaran Tengah 2 dan Lebuhraya Lembah Klang Utara,” tambah beliau.

Menurutnya, dengan memberi tumpuan kepada kemampanan jangka panjang SkyWorld akan 'Make Living Better’ menggunakan pendekatan ‘Healthy Building, Healthy Living’ untuk memudahkan penghuni.

Ujarnya, pendekatan tersebut menggabungkan elemen utama seperti kualiti udara dalaman yang baik, pencahayaan semula jadi, keselesaan terma, bahan yang sihat dan akses kepada kemudahan.

"Semua faktor ini menyumbang kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi penduduk serta memupuk komuniti yang lebih sihat serta lestari.

"Kami berbesar hati menerima anugerah ini untuk SkyMeridien Residences kerana ia mencerminkan dedikasi kami bagi mengekalkan standard tinggi dalam pembangunan hartanah dan pengurusan hartanah," tambah beliau.

Jelasnya, semua faktor berkenaan menyumbang kepada kesejahteraan fizikal, mental dan emosi penduduk dalam memupuk komuniti yang lebih sihat dan lestari.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, SkyWorld menguruskan SkyMeridien Residences bersama Pengurusan Hartanah Transpacc menerusi aplikasi pengurusan hartanah iaitu Skyworld Connects bagi memudahkan penduduk.

“Aplikasi tersebut membolehkan penduduk menempah kemudahan, melaporkan masalah, mendaftarkan pengunjung dan mengakses kenalan untuk berkomunikasi seperti pemberitahuan mengenai program penglibatan masyarakat.

“Sementara itu, Transpacc melakukan pemilihan vendor yang ketat bagi memastikan penyelenggaraan menyeluruh dan keselamatan kukuh untuk keseluruhan hartanah,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!