Rangka Dasar Rentas Jabatan, Kementerian jamin dasar lebih inklusif - PM

Anwar (tiga dari kiri) ketika menghadiri Pameran dan Persidangan Bioekonomi Kebangsaan 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Bernama
Anwar (tiga dari kiri) ketika menghadiri Pameran dan Persidangan Bioekonomi Kebangsaan 2024 (NBiOSHOWCASE 2024) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendekatan Kerajaan Madani dalam merangka dasar negara merentas semua jabatan dan kementerian bagi menjamin dasar yang lebih inklusif dan berjaya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, bagi mencapai objektif berkenaan, setiap jabatan dan kementerian tidak boleh bergerak secara silo, seperti yang terkandung dalam inti pati Ekonomi Madani.

"Sebagai Perdana Menteri, saya komited untuk melihat industri ini berkembang dengan cara yang inklusif dan berlanjutan... kemajuan teknologi dan ekonomi tidak mengorbankan nilai-nilai kemanusiaan.

"Inilah erti sebenar 'Bioekonomi Untuk Semua' - satu visi yang kemajuan dalam bioteknologi membawa kesejahteraan dan keadilan kepada semua lapisan masyarakat," kata beliau dalam ucaptama merasmikan Jelajah Bioekonomi Kebangsaan di sini pada Rabu.

Perdana Menteri turut meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang untuk menyenaraikan 100 saintis dalam bidang bioteknologi bagi mengadakan program untuk menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) di 100 sekolah di seluruh Malaysia.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!