Jangan buat spekulasi kes dalam siasatan - Polis

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Polis mengingatkan orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan mana-mana kes yang masih lagi dalam siasatan serta tidak menyebarkan sebarang gambar atau perkara yang boleh menganggu siasatan kes.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menegaskan kepada mana-mana pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang melangkaui siasatan pihak polis.

"Terdapat pelbagai spekulasi yang tidak benar telah dikeluarkan sehingga menimbulkan kekeliruan berkaitan kes penemuan mayat seorang wanita di ladang kelapa sawit, Kampung Sri Kledang Hulu Selangor, pada Isnin," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Hussein berkata, mana-mana individuboleh disabitkan dengan kesalahan dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana perkongsian atau penyebaran maklumat palsu, jelik dan mengancam.

"Ia boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih daripada RM50,000 atau penjara satu tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.

Pada Isnin, Sinar Harian melaporkan Hussein memaklumkan mayat wanita itu ditemui kira-kira jam 6 petang.

Pemeriksaan awal mendapati, mayat terbabit dipercayai mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim, Perak pada 10 Julai lalu.

Nur Farah Kartini Abdullah, 25, yang berasal dari Miri, Sarawak dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggannya di Taman Universiti, Tanjung Malim.

Artikel Berkaitan:

Kali terakhir mangsa dilihat memakai baju korporat muslimah warna biru jeans, bertudung dan berseluar hitam.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!