200 ahli KPMS bakal diraikan sempena Hari Pesara 2024

Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS).
Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS).
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 200 ahli Kelab Pesara Muslimah Selangor (KPMS) akan diraikan sempena sambutan Hari Pesara 2024 di hotel Tabung Haji (TH), Kelana Jaya, Jumaat ini.

Pengasasnya, Latiffah Sidek berkata, majlis yang bermula jam 2 hingga 5 petan itu merupakan anjuran kali kedua diadakan selepas perlembagaan kelab diluluskan pada 1 September 2020 dan ia dibuka kepada semua pesara untuk sertai persatuan berkenaan.

Latiffah Sidek
Latiffah Sidek

“19 Julai memang diiktiraf sebagai Hari Pesara, inilah hari penghormatan kepada kami tanpa mengira bidang dan latar belakang. Kalau bukan kita yang raikan, siapa lagi? Jadi sejak tahun lepas kami mula menganjurkan program seperti ini sebagai tanda penghargaan serta mengeratkan ukhuwah sesama ahli

“Ada pelbagai aktiviti menarik bakal diadakan iaitu pelancaran kumpulan Qasidah KPMS, deklamasi sajak, jamuan, cabutan bertuah dan pencarian pesara serba boleh,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Mengulas lanjut beliau memaklumkan, sepanjang majlis berlangsung terdapat beberapa gerai jualan dibuka oleh ahli KPMS yang akan menjual produk masing-masing.

Tambah beliau, pesara lain yang belum berdaftar sebagai ahli juga masih berpeluang untuk sertai majlis berkenaan selagi kekosongan masih ada.

“Kepada mereka yang berminat boleh hubungi saya di 013-3504484 dan kita hanya kenakan caj penyertaan RM55 sahaja dan jika mahu menjadi ahli KPMS boleh terus daftar dengan mengisi borang secara dalam talian atau fizikal dengan yuran sebanyak RM60 untuk keahlian seumur hidup,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya lagi, penubuhan KPMS tercetus apabila pandemik Covid-19 melanda dunia dan pergerakan menjadi lebih terhad apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilancarkan.

Susulan daripada itu, Latiffah berkata, dia menubuhkan satu kumpulan di aplikasi Whatsapp iaitu 'Group' Pesara Wanita Selangor (GPWS) dan sambutan sangat mengalakkan dengan penyertaan lebih 150 ahli.

“Bermula daripada situ tercetusnya idea untuk saya tubuhkan KPMS, selepas melalui pelbagai proses dan nama pun sudah tukar daripada wanita kepada muslimah... kini kita sudah ada lebih 700 ahli daripada pelbagai bidang dan jabatan iaitu kerajaan serta swasta.

“Kita juga sedang mencari anak-anak muda yang sudi menjadi sahabat kami. Buat masa sekarang kita ada ahli biasa iaitu pesara kerajaan, bersekutu (swasta) dan sahabat (golongan belia berusia 18 tahun ke atas).

“Jika ada penglibatan ramai pihak daripada pelbagai bidang dan peringkat usia, banyak perkara boleh dimanfaatkan menerusi perkongsian ilmu serta pengalaman,” jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!