[VIDEO] Ladang kelapa sawit dipercayai lokasi Nur Farah Kartini dibunuh

A
A
A

HULU SELANGOR - [DIKEMAS KINI] Polis percaya kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini adalah lokasi Nur Farah Kartini Abdullah, 25, dipercayai dibunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati suspek dan mangsa mengenali antara satu sama lain namun pihaknya masih menyiasat sejauh mana hubungan mereka.

"Kita percaya ia berlaku di sini (lokasi kejadian) dan dilakukan suspek seorang.

"Motif dalam siasatan lagi dan tidak boleh bagi satu keputusan yang terlalu awal, namun kita percaya kes pembunuhan berlaku di sini maksudnya sini ialah 'primary scene'," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini pada Rabu.

Hussein berkata, penahanan suspek lelaki berusia 26 tahun itu pada 15 Julai lalu telah membawa kepada penemuan mayat Nur Farah Kartini di lokasi kejadian selain barang bukti.

"Suspek kita tahan, siasat dan membawa kepada penemuan mangsa dan beberapa barang bukti," ujarnya.

Unit forensik sub akuatik melakukan operasi pencarian bahan bukti.
Unit forensik sub akuatik melakukan operasi pencarian bahan bukti.

Mengulas lanjut beliau berkata, operasi pencarian bahan bukti di lokasi pada Rabu menemukan sebuah telefon bimbit dipercayai milik mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Operasi pencarian bahan bukti akan diteruskan sehingga pasukan siasatan berpuas hati dengan bahan siasatan.

Suspek dibawa ke lokasi kejadian sekitar jam 11.40 pagi. (Gambar kecil: Nur Farah Kartini Abdullah)
Suspek dibawa ke lokasi kejadian sekitar jam 11.40 pagi. (Gambar kecil: Nur Farah Kartini Abdullah)

"Operasi membabitkan mengenai pasukan forensik serta unit anjing pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berada di lokasi kejadian.

Beliau pada sama memaklumkan, operasi juga akan diteruskan di satu lagi lokasi di kawasan Perak yang jaraknya kira-kira 20 minit dari lokasi tersebut.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan mayat Nur Farah Kartini dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang, Isnin lalu.

Mangsa dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, suspek juga bekerja sebagai anggota polis berpangkat Lans Koperal bertugas di Balai Polis Slim River, Perak ditahan pada hari yang sama.

Suspek kemudian direman tujuh hari 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!