Izuan kekal Ketua AMK Selangor

Izuan
Izuan
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim mempertahankan jawatannya selepas mesyuarat penyusunan semula Majlis Pimpinan AMK 2022-2025 yang diadakan bulan lepas.

Izuan berkata, penyusunan jawatan kuasa itu bertujuan untuk memperhalusi gerak kerja AMK Selangor bagi jangka masa panjang.

Menurutnya, perkara itu selaras dengan Peraturan Tetap AMK yang membenarkan penyusunan dilakukan sekiranya dilihat perlu untuk pemantapan semula organisasi.

"Justeru saya ingin mengucapkan syabas dan selamat menjalankan tugas kepada semua lantikan baru.

"Semoga lantikan ini dapat memantapkan lagi organisasi AMK Selangor, mampu untuk menarik lebih ramai anak muda bersama parti serta dapat merumus permasalahan dalam masyarakat untuk mencari kebenaran dan menegakkan keadilan," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Menerusi penyusunan semula ahli jawatan kuasa bagi sesi 2022-2025, Izuan kekal sebagai ketua AMK manakala timbalannya, Muhammad Iman Haziq Mohd Hamizi.

Ia disusuli jawatan tiga Naib Ketua AMK terdiri M Sivabalan, Christopher Ong Kean Li dan Ruben Raj.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK) AMK pula dibarisi 15 Ketua AMK Cabang serta dua AJK lantikan iaitu T Tamilarasu dan Sarah Anniesya Rohmat.

Artikel Berkaitan:

Senarai Ketua AMK Cabang antaranya Petaling Jaya, Bryan Ng ; Kuala Langat, S Surendran; Gombak, Muhammad Husaini Mohd Yunos dan Sungai Besar, Muhamad Jashir Khan Mohd Johari Muni.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!